nuffnang

Saturday, December 25, 2010

anak-anak zaman ini


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
GEMPAR!!! Kita dikejutkan oleh berbagai-bagai berita dan cerita tentang kejadian yang menimpa anak-anak sekarang. Terkini ialah kisah BUDAK TERLAMPAU! Tidak dapat dibayangkan seandainya itu terjadi pada anak-anak kita dan sememangnya kita tidak mahu perkara itu terjadi pada anak-anak kita. Jadi, apa tindakan kita untuk mengelak perkara buruk yang tidak diingini itu terjadi pada anak-anak kita? Apa tindakan kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak kita? Saya bukanlah pakar dalam pendidikan anak-anak ini namun saya sering mengikuti siri-siri kursus dan motivasi bagi memantapkan cara pendidikan anak-anak agar mereka menjadi anak-anak yang cemerlang di suatu hari kelak. 


Menjadi tanggungjawab sepenuhnya kita sebagai ibubapa agar anak-anak kita menjadi insan berguna, menjadi insan cemerlang, berpegang pada agama, berpendidikan, sahsiah diri cemerlang, adab susila, sopan santun dan sebagainya. Berikut ini adalah beberapa perkara yang perlu kita perhatikan dalam mendidik anak ke arah cemerlang dan sahsiah diri:-

  • IBUBAPA SEBAGAI TAULADAN
  • MERANGSANG ANAKCEMERLANG(SAHSIAH & AKADEMIK)
  • KESILAPAN YANG BIASA OLEH IBUBAPA MENDIDIK ANAK