nuffnang

Friday, April 12, 2013

jom bertindak

Hari ini aku telah terima Kit Jom Bertindak


Dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 ( PRU-13), aku kini bersedia dengan kelengkapan, iaitu KIT JOM BERTINDAK, 





Bagaimana untuk mendapatkan ini? Layari laman web rasmi 1malaysia

Antara kandungan yang terdapat dalam kit ini ialah:-
  • buku panduan mengundi
  • sticker kereta
  • pin kolar
  • 3 keping sticker
  • pen
Tunjukkan sokongan anda pada YAB Dato Seri Najib dengan kit Jom Bertindak ini,
Dapatkan Kit Jom Bertindak anda sekarang di





BR1M 3.0 Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak (pesanan ikhlas)

Siang tadi aku bukak peti surat, jeng jeng..aku dapat 1 envelop, macam envelop rasmi dari kerajaan gitu, aku rasa mesti BR1M 2.0 ni tapi...BR1M 2.0 aku dah dapat, dah abis lama dah RM500 tu buat belanja barang dapur dan juga bayar bil-bil tertunggak, Alhamdulillah dengan bantuan BR1M RM500 tu aku dapat mengurangkan beban dengan belanja keperluan dapur dan buat bayar bil-bil tertunggak dan juga bayar sewa rumah.
Sememangnya aku ni rakyat yang susah dan tak bernasib baik seperti rakan-rakan sekolah aku yang sebaya, yang kebanyakan aku tahu kedudukan baik sikit,mungkin baik banyak, dengan pendapatan yang aku rasa mungkin besar nak dibanding dengan aku. Jadi macam aku ni bila dapat bantuan seperti ini amatlah bersyukur dan memang sangat bernilai buat aku. Walaupun pada sesetengah orang apa ada pada RM500 tapi pada aku bernilai sesangat.
Untuk BR1M 3.0 memang aku tunggu dan berharap sangat, lagi-lagi dengarnya kadar akan dinaikkan, mungkin pas ni jadi RM1200, mana tau,dengar ura-ura macam tulah, Alhamdulillah dengan tangan terbuka aku terima dan aku sedikit pun tak rasa terima BR1M ni seperti ayam dan itik..itu terpulang pada pendapat seseorang yang dikatakan Tok Guru dan juga pada yang terima BR1M tapi setuju dengan pendapat Tok Guru tersebut, aku tak tahulah macamana diorang ni, fikir-fikirlah sendiri.
    Haaah, melalut pulak aku ni cerita pasal BR1M, dah lari dari tajuk asal yang aku nak cerita tadi, pasal envelop yang aku terima siang tadi. Tengok kat bawah ni..
inilah sampul surat tu

Jadi mesti nak tahu apa isi kat dalam sampul ni kan.,
kat bawah ni
muka pertama (1),
aku bacakan, mana tahu pada foto ni tak jelas
PESANAN IKHLAS DARI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEKECIL-KECIL
USAHA MEMBAWA
PERUBAHAN
YANG BESAR.

seterusnya

SAYA MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK,
MENGHARAPKAN ANDA DALAM KEADAAN SIHAT
SEJAHTERA, ADALAH HARAPAN SAYA JUGA
BANTUAN BR1M TELAH DITERIMA OLEH ANDA

lagi..

BR1M ADALAH TANDA
KEPERHATINAN KERAJAAN DALAM
USAHA UNTUK MEMBANTU
MERINGANKAN KOS SARA HIDUP
DALAM MENJAMIN 
KESEJAHTERAAN ANDA.
BAGI TAHUN MENDATANG,
KAMI BERCADANG UNTUK
MEMBERI LEBIH KEPADA RAKYAT,
DALAM ERTI KATA LAIN...

.........................

PELBAGAI LAGI
USAHA YANG AKAN
DIJANA BAGI
MEMBERI MAFAAT
YANG LEBIH BESAR
KEPADA SELURUH
WARGA MALAYSIA.

Itulah isi kandungan dalam surat khas yang aku tterima siang tadi, dan aku yakin ramai juga rakyat Malaysia yang telahpun terima pesanan ikhlas atau aku lebih suka sebut ni pesanan khas sebenarnya,
   Apapun diharapkan kita semua memahami maksud dalam pesanan  Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak ini. Yang penting juga kita semua berharap BR1M dapat diteruskan dengan dinaikkan lagi kadar sepertimana  
yang disebut oleh Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak baru-baru ini, kalau tak silap semasa pembentangan menifesto Barisan Nasional yang beliau sebut sebagai AkuJanji.


Aku yakin dengan akujanji tersebut, dengan slogan yang selalu disebut, JANJI DITEPATI, begitulah akujanji tersebut, INSYAALLAH

Wednesday, April 10, 2013

Cara Mendapatkan Komputer/Netbook 1Malaysia

notebook 1Malaysia

Syukur, Alhamdulillah saya telahpun terima komputer 1Malaysia ini.
Jadi disini saya nak kongsi bagaimana cara saya mendapatkan komputer 1Malaysia ini kepada anda sekalian. Mungkin lain orang lain cara dapatnya, saya tak tahu lah tapi ini berdasarkan pengalaman dan cara bagaimana saya mendapatkan komputer 1Malaysia ini.

CARA-CARANYA:-
  1. PERTAMA SEKALI PASTIKAN ANDA ADALAH PENGUNDI DI KAWASAN PARLIMEN ANDA.
  2. PASTIKAN ALAMAT PADA KPT ANDA ALAMAT KAWASAN PARLIMEN ANDA.
  3. PASTIKAN DIMANA PEJABAT PARLIMEN/UMNO KAWASAN ANDA.
  4. BUAT PERMOHONAN DI PEJABAT TERSEBUT.,SERAHKAN SALINAN IC DAN JUGA NO TELEFON UNTUK DIHUBUNGI.
  5. SETERUSNYA ANDA HANYA PERLU TUNGGU PANGGILAN DARIPADA PEJABAT SEKIRANYA PERMOHONAN ANDA MENDAPATKAN KOMPUTER 1MALAYSIA DILULUSKAN.
Jadi itulah serba sedikit cara bagaimana saya mendapat komputer/notebook 1Malaysia yang saya dapat kongsi pada anda sekalian. Andainya sumber ini tidak lengkap boleh rujuk di pejabat parlimen/umno tempat anda.
Apapun waktu sekarang ini adalah waktu yang sibuk menghadapi PRU 13, jadi mungkin pejabat parlimen sedang sibuk menguruskan untuk menghadapi pilihanraya ke-13 ini.


Saturday, April 6, 2013

K-LIQUID CHLOROPHYLL


UIE K-LIQUID CHLOROPHYLL


UIE K-Liquid Chloropyll digalakkan kerana keupayaannya dalam membersih, mengkhasiatkan dan mempermudakan semula.

UIE adalah sumber tenaga dari lapisan pertama matahari dan memiliki sumber tenaga yang tiada had dan boleh kekal lama. Tenaga ini memberi manafaat besar kepada menusia dan  juga persekitaran alam.
Klorofil dirujuk sebagai 'darah' kepada tumbuh-tumbuhan. Kewujudannya dalam alam semesta begitu kaya sekali. Klorofil terjadi disebabkan oleh proses fotosintesis dalam tumbuhan dan disimpan dalam daun-daun tumbuhan. Ia memiliki sumber yang kaya dengan mineral semulajadi, vitamin, protein, unsur-unsur surih dan mikro-nutrimen dimana semuanya penting dalam mengekalkan kebaikan kesihatan terutamanya dalam mengawal keadaan asid dan alkali dalam badan kita.
       Ahli-ahli nutrisi terkenal dunia telah lama mengesyorkan nilai nutrisi klorofil. Kini, dengan proses pengekstrakan teknologi moden, para saintis bukan sahaja boleh mengekstrak klorofil pekat dari Alfalfa tetapi juga boleh mengekalkan enzim-enzim aktif dan mineral-mineral dalam menyuburkan kita bagi kesihatan yang lebih baik.

K-LIQUID CHLOROPHYLL

APA ITU K-LIQUID CHLOROPHYLL

K-liquid Chlorophyll adalah minuman herba kesihatan yang terdiri daripada sari klorofil dari daun Alfalfa (Medicago Sativa)
MANAFAAT/KEGUNAAN
  • Anti Oksidan , baik untuk kesihatan mata, paru-paru, perut, pencernaan dan lain-lain.
  • Satu sudu besar bersamaan dengan 1kg sayur
  • Melancarkan/membersihkan darah dari segala bentuk toksin dan zat kimia dalam tubuh
  • Menjaga keseimbangan hormon dan keasidan dalam tubuh
  • Menghalang pertumbuhan bakteria dan mempercepatkan penyembuhan luka
  • Meningkatkan daya penyerapan nutrisi dan tenaga


FUNGSI UTAMA K-LIQUID CHLOROPHYLL

MEMBERSIH
Membersihkan sistem pencernaan, darah, mencegah bakteria, jangkitan dan detoksifikasi.

MENYEIMBANG
Menyeimbangkan kadar keasidan dan kealkalian dalam tubuh.

MENGAKTIF
Penghasilan dan pembaikan sel darah merah.



CARA PENGGUNAAN
  • Larutkan 1 sudu besar/penutup(disediakan) dalam segelas air
  • bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, masukkan 1/2 sudu/penutup sahaja.
  • Minum 3 gelas air sehari. (Pastikan perut kosong, sebaiknya sebelum mengambilnya)

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN K-LIQUID CHLOROPHYLL.
-MELALUI PENGEDAR-PENGEDAR RANGKAIAN PRODUK K-LINK