nuffnang

Friday, April 12, 2013

jom bertindak

Hari ini aku telah terima Kit Jom Bertindak


Dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 ( PRU-13), aku kini bersedia dengan kelengkapan, iaitu KIT JOM BERTINDAK, 





Bagaimana untuk mendapatkan ini? Layari laman web rasmi 1malaysia

Antara kandungan yang terdapat dalam kit ini ialah:-
  • buku panduan mengundi
  • sticker kereta
  • pin kolar
  • 3 keping sticker
  • pen
Tunjukkan sokongan anda pada YAB Dato Seri Najib dengan kit Jom Bertindak ini,
Dapatkan Kit Jom Bertindak anda sekarang di





BR1M 3.0 Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak (pesanan ikhlas)

Siang tadi aku bukak peti surat, jeng jeng..aku dapat 1 envelop, macam envelop rasmi dari kerajaan gitu, aku rasa mesti BR1M 2.0 ni tapi...BR1M 2.0 aku dah dapat, dah abis lama dah RM500 tu buat belanja barang dapur dan juga bayar bil-bil tertunggak, Alhamdulillah dengan bantuan BR1M RM500 tu aku dapat mengurangkan beban dengan belanja keperluan dapur dan buat bayar bil-bil tertunggak dan juga bayar sewa rumah.
Sememangnya aku ni rakyat yang susah dan tak bernasib baik seperti rakan-rakan sekolah aku yang sebaya, yang kebanyakan aku tahu kedudukan baik sikit,mungkin baik banyak, dengan pendapatan yang aku rasa mungkin besar nak dibanding dengan aku. Jadi macam aku ni bila dapat bantuan seperti ini amatlah bersyukur dan memang sangat bernilai buat aku. Walaupun pada sesetengah orang apa ada pada RM500 tapi pada aku bernilai sesangat.
Untuk BR1M 3.0 memang aku tunggu dan berharap sangat, lagi-lagi dengarnya kadar akan dinaikkan, mungkin pas ni jadi RM1200, mana tau,dengar ura-ura macam tulah, Alhamdulillah dengan tangan terbuka aku terima dan aku sedikit pun tak rasa terima BR1M ni seperti ayam dan itik..itu terpulang pada pendapat seseorang yang dikatakan Tok Guru dan juga pada yang terima BR1M tapi setuju dengan pendapat Tok Guru tersebut, aku tak tahulah macamana diorang ni, fikir-fikirlah sendiri.
    Haaah, melalut pulak aku ni cerita pasal BR1M, dah lari dari tajuk asal yang aku nak cerita tadi, pasal envelop yang aku terima siang tadi. Tengok kat bawah ni..
inilah sampul surat tu

Jadi mesti nak tahu apa isi kat dalam sampul ni kan.,
kat bawah ni
muka pertama (1),
aku bacakan, mana tahu pada foto ni tak jelas
PESANAN IKHLAS DARI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEKECIL-KECIL
USAHA MEMBAWA
PERUBAHAN
YANG BESAR.

seterusnya

SAYA MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK,
MENGHARAPKAN ANDA DALAM KEADAAN SIHAT
SEJAHTERA, ADALAH HARAPAN SAYA JUGA
BANTUAN BR1M TELAH DITERIMA OLEH ANDA

lagi..

BR1M ADALAH TANDA
KEPERHATINAN KERAJAAN DALAM
USAHA UNTUK MEMBANTU
MERINGANKAN KOS SARA HIDUP
DALAM MENJAMIN 
KESEJAHTERAAN ANDA.
BAGI TAHUN MENDATANG,
KAMI BERCADANG UNTUK
MEMBERI LEBIH KEPADA RAKYAT,
DALAM ERTI KATA LAIN...

.........................

PELBAGAI LAGI
USAHA YANG AKAN
DIJANA BAGI
MEMBERI MAFAAT
YANG LEBIH BESAR
KEPADA SELURUH
WARGA MALAYSIA.

Itulah isi kandungan dalam surat khas yang aku tterima siang tadi, dan aku yakin ramai juga rakyat Malaysia yang telahpun terima pesanan ikhlas atau aku lebih suka sebut ni pesanan khas sebenarnya,
   Apapun diharapkan kita semua memahami maksud dalam pesanan  Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak ini. Yang penting juga kita semua berharap BR1M dapat diteruskan dengan dinaikkan lagi kadar sepertimana  
yang disebut oleh Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak baru-baru ini, kalau tak silap semasa pembentangan menifesto Barisan Nasional yang beliau sebut sebagai AkuJanji.


Aku yakin dengan akujanji tersebut, dengan slogan yang selalu disebut, JANJI DITEPATI, begitulah akujanji tersebut, INSYAALLAH

Wednesday, April 10, 2013

Cara Mendapatkan Komputer/Netbook 1Malaysia

notebook 1Malaysia

Syukur, Alhamdulillah saya telahpun terima komputer 1Malaysia ini.
Jadi disini saya nak kongsi bagaimana cara saya mendapatkan komputer 1Malaysia ini kepada anda sekalian. Mungkin lain orang lain cara dapatnya, saya tak tahu lah tapi ini berdasarkan pengalaman dan cara bagaimana saya mendapatkan komputer 1Malaysia ini.

CARA-CARANYA:-
  1. PERTAMA SEKALI PASTIKAN ANDA ADALAH PENGUNDI DI KAWASAN PARLIMEN ANDA.
  2. PASTIKAN ALAMAT PADA KPT ANDA ALAMAT KAWASAN PARLIMEN ANDA.
  3. PASTIKAN DIMANA PEJABAT PARLIMEN/UMNO KAWASAN ANDA.
  4. BUAT PERMOHONAN DI PEJABAT TERSEBUT.,SERAHKAN SALINAN IC DAN JUGA NO TELEFON UNTUK DIHUBUNGI.
  5. SETERUSNYA ANDA HANYA PERLU TUNGGU PANGGILAN DARIPADA PEJABAT SEKIRANYA PERMOHONAN ANDA MENDAPATKAN KOMPUTER 1MALAYSIA DILULUSKAN.
Jadi itulah serba sedikit cara bagaimana saya mendapat komputer/notebook 1Malaysia yang saya dapat kongsi pada anda sekalian. Andainya sumber ini tidak lengkap boleh rujuk di pejabat parlimen/umno tempat anda.
Apapun waktu sekarang ini adalah waktu yang sibuk menghadapi PRU 13, jadi mungkin pejabat parlimen sedang sibuk menguruskan untuk menghadapi pilihanraya ke-13 ini.


Saturday, April 6, 2013

K-LIQUID CHLOROPHYLL


UIE K-LIQUID CHLOROPHYLL


UIE K-Liquid Chloropyll digalakkan kerana keupayaannya dalam membersih, mengkhasiatkan dan mempermudakan semula.

UIE adalah sumber tenaga dari lapisan pertama matahari dan memiliki sumber tenaga yang tiada had dan boleh kekal lama. Tenaga ini memberi manafaat besar kepada menusia dan  juga persekitaran alam.
Klorofil dirujuk sebagai 'darah' kepada tumbuh-tumbuhan. Kewujudannya dalam alam semesta begitu kaya sekali. Klorofil terjadi disebabkan oleh proses fotosintesis dalam tumbuhan dan disimpan dalam daun-daun tumbuhan. Ia memiliki sumber yang kaya dengan mineral semulajadi, vitamin, protein, unsur-unsur surih dan mikro-nutrimen dimana semuanya penting dalam mengekalkan kebaikan kesihatan terutamanya dalam mengawal keadaan asid dan alkali dalam badan kita.
       Ahli-ahli nutrisi terkenal dunia telah lama mengesyorkan nilai nutrisi klorofil. Kini, dengan proses pengekstrakan teknologi moden, para saintis bukan sahaja boleh mengekstrak klorofil pekat dari Alfalfa tetapi juga boleh mengekalkan enzim-enzim aktif dan mineral-mineral dalam menyuburkan kita bagi kesihatan yang lebih baik.

K-LIQUID CHLOROPHYLL

APA ITU K-LIQUID CHLOROPHYLL

K-liquid Chlorophyll adalah minuman herba kesihatan yang terdiri daripada sari klorofil dari daun Alfalfa (Medicago Sativa)
MANAFAAT/KEGUNAAN
  • Anti Oksidan , baik untuk kesihatan mata, paru-paru, perut, pencernaan dan lain-lain.
  • Satu sudu besar bersamaan dengan 1kg sayur
  • Melancarkan/membersihkan darah dari segala bentuk toksin dan zat kimia dalam tubuh
  • Menjaga keseimbangan hormon dan keasidan dalam tubuh
  • Menghalang pertumbuhan bakteria dan mempercepatkan penyembuhan luka
  • Meningkatkan daya penyerapan nutrisi dan tenaga


FUNGSI UTAMA K-LIQUID CHLOROPHYLL

MEMBERSIH
Membersihkan sistem pencernaan, darah, mencegah bakteria, jangkitan dan detoksifikasi.

MENYEIMBANG
Menyeimbangkan kadar keasidan dan kealkalian dalam tubuh.

MENGAKTIF
Penghasilan dan pembaikan sel darah merah.



CARA PENGGUNAAN
  • Larutkan 1 sudu besar/penutup(disediakan) dalam segelas air
  • bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, masukkan 1/2 sudu/penutup sahaja.
  • Minum 3 gelas air sehari. (Pastikan perut kosong, sebaiknya sebelum mengambilnya)

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN K-LIQUID CHLOROPHYLL.
-MELALUI PENGEDAR-PENGEDAR RANGKAIAN PRODUK K-LINK


Sunday, March 31, 2013

Tun Dr Mahathir-Program Bicara Perdana



Malam ini bertempat di Taman kempas permai jam 8.30 malam akan diadakan satu program bertajuk Bicara Perdana oleh mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Program yang dijangka akan dihadiri 5000 rakyat penduduk setempat. Semua dijemput  hadir ke program ini


Saturday, March 30, 2013

Program Bicara Perdana Bersama Dr Mahathir Di PPR Kempas Permai Ahad Ini


JOHOR BAHRU: Lebih 5,000 orang dijangka menghadiri program Bicara Perdana bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Projek Perumahan (PPR) Kempas Permai, Ahad ini.
Anggota Parlimen Pulai Datuk Nor Jazlan Mohamed berkata kehadiran Dr Mahathir ke kawasan parlimen berkenaan amat tepat pada masanya memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa.
"Kami mahu generasi muda mendengar sendiri daripada mulut beliau bahawa apa yang dinikmati mereka pada masa kini bukan datang dengan mudah, sebaliknya berkat kemakmuran serta kesejahteraan negara hasil usaha pemimpin Umno dan Barisan Nasional," katanya.
Dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, beliau berkata Dr Mahathir yang berpengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, akan menjawab segala fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap kepemimpinan negara dahulu dan sekarang.
Majlis yang bermula pada 8.30 malam itu adalah antara siri program anjuran Pusat Khidmat Anggota Parlimen Pulai sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum.BERNAMA

Monday, March 25, 2013

KONSEP KESIHATAN

Penyakit-penyakit Kronik yang Lazim (1)


  • KANSER 23%
  • PENYAKIT ORGAN 1%
  • STROK 7%
  • KENCING MANIS 3%
  • SELSEMA 4%
  • RADANG PARU-PARU 5%
  • SAKIT JANTUNG 31%
  • LAIN-LAIN 26%
Laporan WHO
Kira-kira 15 juta manusia berumur di antara 26-64 tahun meninggal dunia setiap tahun dan sejumlah besar daripada mereka mati awal dimana sepatutnya perkara tersebut boleh dielakkan.

Penyakit-penyakit Kronik yang Lazim (2)
  • PURATA KEADAAN TUBUH RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI KANDUNGAN KIMIA PEROSAK YANG TINGGI DALAM DARAH MEREKA
  • LEBIH 2 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENDERITA AKIBAT ASMA
  • MANGSA PESAKIT JANTUNG TELAH MENINGKAT SEBANYAK 100%
  • 61% RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI
STROK
Mengikut kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan di antara tahun 2000 dan 2003, mereka telah mendapati bahawa lelaki yang berumur 29 tahun ke bawah dimasukkan ke hospital atas sebab sakit jantung dan strok.
Setiap hari, terdapat 110 rakyat Malaysia diserang strok. Strok adalah pembunuh ke-3 tertinggi selepas kanser dan sakit jantung. Lebih daripada 40'000 kes baru dijumpai setiap tahun. (Malaysia Medical Resources,17 oktober 2005)

KENCING MANIS
Kini, terdapat kira-kira 194 juta orang diserang penyakit kencing manis di seluruh dunia. Jumlah ini dijangka meningkat sebanyak 333 juta menjelang 2025. (Sunday Medical's Informative Lifestyle Editional, Volume 7/2005)

SAKIT JANTUNG
Penyakit jantung dan strok dijangkakan menjadi faktor utama kematian dan kecacatan fizikal di seluruh dunia menjelang tahun 2020, dengan jangkaan jumlah kes akan bertambah lebih 20 juta setahun hingga 24 juta setahun pada tahun 2030. (Atlas of Heart Disease and Stroke,WHO,Sept 2004)

KANSER
Kanser telah mengakibatkan 7.1 juta kematian setiap tahun (12.5% daripada jumlah seluruh dunia).
Jumlah kkes baru setiap tahun dijangkakan akan meningkat dari 10juta pada tahun 2000 ke 15 juta pada tahun 2020.
Kanser adalah faktor kematian yang ke-2 besar selepas penyakit kardiovaskular dalam negara-negara yang membangun.
Kira-kira 20 juta orang telah diserang penyakit kanser; dan jumlah ini dijangkakan akkan meningkat sebanyak 30 juta pada tahun 2020. (Laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia. www.who.int/dietphysicalactivity/publications/facts/canser/en)

6 Faktor Utama Yang Mempengaruhi Kesihatan Kita

  1. AIR
  2. UDARA
  3. MAKANAN DAN MINUMAN
  4. TIDUR
  5. EMOSI
  6. SENAMAN
5 Sumber Toksin Utama 

  • Mengikut laporan statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dalam tahun 1983, mereka mendapati pencemaran udara telah bertambah sebanyak 40 kali ganda dalam tempoh 30 tahun ( 1943-1973 ).
  • Menurut laporan statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dari tahun 1943 hingga 1973, mereka mendapati kandungan toksik dalam sistem pengairan bawah tanah telah bertambah banyak dengan begitu cepat sekali.Para pakar telah mendapati sebanyak 2221 jenis kimia organik dimana 109 jenis kimia tersebut adalah punca penyebab penyakit kanser. 
  • Ubat-ubatan dadah, bahan pengawet, pewarna makanan
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran utama yang diimport mengandungi bahan toksin.
  • Makanan haiwan ternakan yang dicampur bahan kimia.

Masalah-masalah Kesihatan yang Berkaitan Dengan Usus Yang Kotor:
  • Sembelit
  • Kolik
  • masalah Pencernaan
  • Obesiti
  • Nafas Berbau
  • Cecair Tubuh Berasid
  • Darah Bertoksin
  • Kulit Kasar
Usus Kotor akan mengakibatkan :
  • Masalah kesihatan yang sederhana:
         - Kelesuan, sakit kepala, sakit seluruh badan, kurang selera makan,insomnia, sistem imuniti yang lemah         dan selsema.
  • Masalah Kesihatan Kronik:
         - Sembelit, alah kulit, masalah pencernaan, badan lemah, hormon tidak seimbang, anemia, obesiti.
  • Masalah Kesihatan yang Serius
         - Tekana darah tinggi, sakit jantung, kudis perut, sakit mental, kencing manis, masalah organ hati, penyakit buah pinggang dan barah.

Membersihkan Toksin Dalam Usus
Menurut konsep asas kesihatan, 90% daripada penyakit yang dialami adalah berpunca daripada usus. Toksin  yang terkumpul di dalam usus akan melekat pada dinding usus yang mengakibatkan penyerapan zat makanan terganggu.  Pada masa yang sama, ia mencemarkan darah dan akan menyebabkan penyakit seperti gout, barah, asid urik, anemia, artritis(sakit sendi), masalah buah pinggang dan sebagainya.

Toksin dalam tubuh adalah punca segala penyakit.
( Dr. Henry Bieter )

Sekiranya tokksin dalam tubuh kita tidak disingkirkan, ianya akan menghalang penyerapan zat makanan, peningkatan kesihatan fizikal dan minda.
( Dr. Bernard Jensen )

Makanan terhadam yang terkumpul dalam usus selepas reput(busuk) akan menjadi bahan merbahaya dalam tubuh kita dan menyebabkan penyakit serta mempercepatkan proses penuaan.


Tubuh yang Sihat Memerlukan Makanan Yang Seimbang
Khasiat yang diperlukan:
ASID LEMAK YANG PERLU                             1
ASID AMINO  YANG PERLU                           10
MINERAL                                                           14
VITAMIN                                                            15
                                                                          _____
                                                                             40
                                                                          _____
Kekurangan salah satu daripada 40 zat makanan ini, akan membahayakan kesihatan seseorang.

Menurut Adele Davis, seorang pakar pemakanan Amerika di dalam buku beliau berjudul " Let's Get Well" menulis: Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 40 jenis nutrien. Tubuh kita tidak menghasilkan zat makanan tersebut dan terrpaksa memperolehinya melalui makanan.

K-Liquid Organik Spirulina dapat membekalkan kesemua 40 jenis nutrien yang diperlukan.


Kesihatan yang menyeluruh "ABCD"

PEMBERSIHAN:
Menyingkirkan segala toksin merbahaya supaya tubuh sentiasa bersih dan sihat selalu.

PENYEIMBANGAN:
Memastikan zat makanan yang seimbang dan mencukupi untuk tubuh.

PENGAKTIFAN:
Memastikan zat makanan yang seimbang bagi membolehkan sel-sel tubuh menjadi normal.

PERTAHANAN:
Proses penggalakan dan pembersihan diulangi selama 6 bulan bagi membolehkan tubuh kita menjadi sihat dan kuat.

Sunday, March 24, 2013

Bantuan Karisma @Hati Rakyat RM200

Baucer Karisma RM200
pada 22/03/2013 jam 2.30 petang bertempat di pejabat parlimen Johor Bahru telah diadakan Majlis penyampaian Baucer Bantuan Karisma@Hati Rakyat RM200 yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Shahrir Abd. Samad selaku ahli Parlimen Johor Bahru. Dengan bantuan baucer ini dapat membantu meringankan beban pada golongan yang berpendapatan rendah.

     Pelbagai barang keperluan asas dapat ditebus dengan baucer ini di pasaraya-pasaraya terpilih, sebelum 31hb  Mac 2013


Antara penerima Bantuan Karisma@hati Rakyat yang layak dan terpilih adalah aku sendiri, jadi syukur ke hadrat Ilahi dan jutaan terima kasih buat yang berkenaan kerana dengan bantuan ini telah dapat aku buat belanja keperluan asas selain dari bantuan BR1M RM500 yang telah diterima baru-baru ini.

TERIMA KASIH MALAYSIA