nuffnang

Wednesday, January 29, 2014

Cara Mendapatkan Komputer/Notebook 1Malaysia (bah.2)

Assalamualaikum wbt..,
             Kali ini aku terpanggil untuk menulis tentang Komputer 1Malaysia ni lagi, lanjutan dari post yang lepas. Ramai mempersoalkan kenapa tiada lagi peruntukan Komputer 1Malaysia ni lagi? Kenapa peruntukan dibekukan buat masa sekarang? Adakah dibekukan atau memang dah takde peruntukan lagi? Buat masa ni aku takde jawapan lagi untuk persoalan-soalan tersebut, kalau sesapa ada jawapan bolehla kongsikan bersama disini.

            Aku dah lama tak ngunjung ofis umno kt tempat aku ni,jadi tak dapatla nak selidik ape citer , ada lagi ke tak, bila tanya rakan-rakan rata-rata cakap masih ada lagi, ramai yang cakap kerajaan nak setiap rumah ada 1 komputer 1Malaysia ni, itu memang aku biasa dengar. Ada juga yang cakap lepas pengagihan BR1M barula peruntukan komputer 1Malaysia ni disambung kembali..betul ke?

          Apapun yang terbaik untuk aku dapatkan jawapan yang tepat atau hampir tepat sekurangnya, lagi baik aku pergi pejabat umno tanya sendiri direct disana. Aku cadang besok pagi bolehla aku kesana kejap, bukan jauhpun cuma takde hal jadi lama aku tak kesana.
Jadi, pada sesapa yang nak maklumat selanjutnya tunggula aku gi ofis umno dulu esok. Nanti dapat info terkini aku posting sini..jangan lupa ngunjung sini pasni..(dmimaf.blogspot.com), ada info penting esok tentang Komputer 1Malaysia ni.

Pada sesapa yang berminat untuk belajar bekerja dirumah sila klik sini untuk info lanjut.

Tuesday, January 21, 2014

BRIM 3.0

..assalamualaikum , dan salam buat semua..dah lama jugak aku tak menulis entry blog ni. kali terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 lepas. Jadi, PRU pun dah lepas lama,rasanya bahangnye tak berasa terasa sangat lagi, jadi tak usah dibincangkan lagila, lagi baik kita cerita tentang apa yang kerajaan nak beri pada kita tak lama lagi ni..tu diaa..BR1M 3.0

Aku tak pandai sangat nak bercerita tentang BR1M ni, yang pasti aku dah pun 2 kali dapat dan tahun ni adalah yang ketiga. Apa yang aku tahu yang mana dah pernah dapat sebelum ni tak payahla lagi sibuk-sibuk isi borang lagi, tunggu je la posmen hantar surat kat rumah,pastu gi amik baucer dan cash di bank bank terpilih, macam yang sebelum-sebelum ni. Bagaimanapun pada sesiapa yang nak terus direct masuk akaun bolehla buat tambahan maklumat akaun bank. Untuk masukkan maklumat akaun bank silala ke jabatan-jabatan tertentu contohnya Jabatan Hasil.

Pada kali ini ada tambahan iaitu RM650 bagi pasangan berkahwin dan RM300 bagi yang bujang. Alhamdullillah, sekurangnya dalam keadaan kita sedang memerlukan ianya sangat membantu, walau dalam keadaan kita tengah banyak duit pun pada masa sekarang kita boleh buat tambahan simpanan, labur kt ASB ke, SSP ke, Tabung Haji ke..dalam masa yang jangan lupa untuk menabung atau simpanan untuk Akhirat, apa duit BRIM boleh bawak ke Akhirat???..jawapannya BOLEH, caranye ialah sedekah,derma,wakaf, belanjakan ke jalan Allah dsb-sila rujuk pada yang arif tentang agama untuk maklumat lanjut.

Pada yang nak tambah aksesori kereta tu boleh tapi rasanya macam tak berapa relevan, tak berapa tercapai matlamat BR1M tu, apapun terpulangla pada masing-masing sebab bila dah sampai kt tangan tu dah jadi hak masing-masing, kenapa aku plak nak sibuk-sibuk nak nentukan apa boleh buat,apa tak boleh..walaubagaimanapun aku boleh bagi pandangan dan nasihat je dan yang paling aku tak setuju dan tak suka bila duit tu dibelanjakan di kedai 4D. Kat tempat aku ni ramai, dapat je BR1M lain tak ingat, nak labur besar supaya jadi lebih besar,dah tua-tua lak tu,patut dah berenti dan bertaubatla sementara masih ada masa lagi..astarghfirullah al azim..

Kalau nak duit lebih ada caranya dan banyak cara sebenarnya selain dari 4D tu, jangan sempitkan fikiran kita dan biar kita dikuasai oleh makhluk Allah yang menyesatkan kita tu, salah satu cara aku ada, KLIK SINI .Kalau kita gunakan BR1M ni dengan sebaiknya dan secara berhemah barulah tercapai matlamat BR1M ni, jadi lainkali dapat lagi, ada tambahan lagi mana tahu rezeki tahun depan RM1000 lak..macam-macam boleh dibuat tu, mende yang baikla, sedekah jangan lupa..INSYALLAH..

Kalau sesapa nak maklumat terkini tentang BR1M 3.0 ni  bolehla rujuk di Jabatan Hasil, apa yang aku tahu dapatnya pada bulan Februari, mungkin pertengahan la. Pada sesapa yang nak cari duit tambahan nyambil-nyambilan bolehla rujuk sini

Okeyla takat ni dulu la entry aku hari ni, nanti jumpa lagi..INSYALLAH
ASSALAMUALAIKUM