nuffnang

Saturday, March 30, 2013

Program Bicara Perdana Bersama Dr Mahathir Di PPR Kempas Permai Ahad Ini


JOHOR BAHRU: Lebih 5,000 orang dijangka menghadiri program Bicara Perdana bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Projek Perumahan (PPR) Kempas Permai, Ahad ini.
Anggota Parlimen Pulai Datuk Nor Jazlan Mohamed berkata kehadiran Dr Mahathir ke kawasan parlimen berkenaan amat tepat pada masanya memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa.
"Kami mahu generasi muda mendengar sendiri daripada mulut beliau bahawa apa yang dinikmati mereka pada masa kini bukan datang dengan mudah, sebaliknya berkat kemakmuran serta kesejahteraan negara hasil usaha pemimpin Umno dan Barisan Nasional," katanya.
Dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, beliau berkata Dr Mahathir yang berpengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, akan menjawab segala fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap kepemimpinan negara dahulu dan sekarang.
Majlis yang bermula pada 8.30 malam itu adalah antara siri program anjuran Pusat Khidmat Anggota Parlimen Pulai sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum.BERNAMA

No comments:

Post a Comment