nuffnang

Friday, April 12, 2013

BR1M 3.0 Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak (pesanan ikhlas)

Siang tadi aku bukak peti surat, jeng jeng..aku dapat 1 envelop, macam envelop rasmi dari kerajaan gitu, aku rasa mesti BR1M 2.0 ni tapi...BR1M 2.0 aku dah dapat, dah abis lama dah RM500 tu buat belanja barang dapur dan juga bayar bil-bil tertunggak, Alhamdulillah dengan bantuan BR1M RM500 tu aku dapat mengurangkan beban dengan belanja keperluan dapur dan buat bayar bil-bil tertunggak dan juga bayar sewa rumah.
Sememangnya aku ni rakyat yang susah dan tak bernasib baik seperti rakan-rakan sekolah aku yang sebaya, yang kebanyakan aku tahu kedudukan baik sikit,mungkin baik banyak, dengan pendapatan yang aku rasa mungkin besar nak dibanding dengan aku. Jadi macam aku ni bila dapat bantuan seperti ini amatlah bersyukur dan memang sangat bernilai buat aku. Walaupun pada sesetengah orang apa ada pada RM500 tapi pada aku bernilai sesangat.
Untuk BR1M 3.0 memang aku tunggu dan berharap sangat, lagi-lagi dengarnya kadar akan dinaikkan, mungkin pas ni jadi RM1200, mana tau,dengar ura-ura macam tulah, Alhamdulillah dengan tangan terbuka aku terima dan aku sedikit pun tak rasa terima BR1M ni seperti ayam dan itik..itu terpulang pada pendapat seseorang yang dikatakan Tok Guru dan juga pada yang terima BR1M tapi setuju dengan pendapat Tok Guru tersebut, aku tak tahulah macamana diorang ni, fikir-fikirlah sendiri.
    Haaah, melalut pulak aku ni cerita pasal BR1M, dah lari dari tajuk asal yang aku nak cerita tadi, pasal envelop yang aku terima siang tadi. Tengok kat bawah ni..
inilah sampul surat tu

Jadi mesti nak tahu apa isi kat dalam sampul ni kan.,
kat bawah ni
muka pertama (1),
aku bacakan, mana tahu pada foto ni tak jelas
PESANAN IKHLAS DARI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEKECIL-KECIL
USAHA MEMBAWA
PERUBAHAN
YANG BESAR.

seterusnya

SAYA MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK,
MENGHARAPKAN ANDA DALAM KEADAAN SIHAT
SEJAHTERA, ADALAH HARAPAN SAYA JUGA
BANTUAN BR1M TELAH DITERIMA OLEH ANDA

lagi..

BR1M ADALAH TANDA
KEPERHATINAN KERAJAAN DALAM
USAHA UNTUK MEMBANTU
MERINGANKAN KOS SARA HIDUP
DALAM MENJAMIN 
KESEJAHTERAAN ANDA.
BAGI TAHUN MENDATANG,
KAMI BERCADANG UNTUK
MEMBERI LEBIH KEPADA RAKYAT,
DALAM ERTI KATA LAIN...

.........................

PELBAGAI LAGI
USAHA YANG AKAN
DIJANA BAGI
MEMBERI MAFAAT
YANG LEBIH BESAR
KEPADA SELURUH
WARGA MALAYSIA.

Itulah isi kandungan dalam surat khas yang aku tterima siang tadi, dan aku yakin ramai juga rakyat Malaysia yang telahpun terima pesanan ikhlas atau aku lebih suka sebut ni pesanan khas sebenarnya,
   Apapun diharapkan kita semua memahami maksud dalam pesanan  Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak ini. Yang penting juga kita semua berharap BR1M dapat diteruskan dengan dinaikkan lagi kadar sepertimana  
yang disebut oleh Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak baru-baru ini, kalau tak silap semasa pembentangan menifesto Barisan Nasional yang beliau sebut sebagai AkuJanji.


Aku yakin dengan akujanji tersebut, dengan slogan yang selalu disebut, JANJI DITEPATI, begitulah akujanji tersebut, INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment