nuffnang

Sunday, August 29, 2021

MONYET

 


SEMASA MENUNGGU ANAK AMBIL SUNTIKAN VAKSIN DI DEWAN MUAFAKAT, TAM,AN ADDA HEIGHT, AKU BEREHAT SAMBIL MENUNGGU DI TAMAN REAKRASI ADDA HEIGHT..TERLIHAT ADA SEEKOR MONYET.


Saturday, August 14, 2021

PENGALAMAN ITU BERHARGA

 PENGALAMAN

Apa itu PENGALAMAN ? Tak dapat diterangkan secara tepat apa maksud pengalaman, lebih kurang maknanya ialah apa yang berlaku pada diri kita atau apa yang kita lalui, apa yang kita tempuh ataupun apa yang pernah kita buat. Lebih senang dijelaskan dengan contoh seperti ini :-

1. Zaman sekolah. Kita pernah bersekolah, pengalaman kita disini ialah kita melalui zaman persekolahan, banyak yang kita lalui dan tempuhi sepanjang persekolahan dan dan berbagai pengalaman ada semasa zaman ini..terlalu banyak tak boleh nak kira, banyak sangat.

2. Zaman kerja. Apa perkerjaan yang pernah kita buat, itulah pengalaman kita, contohnya..kita pernah bekerja sebagai Pengawal Keselamatan, jadi pengalaman kita adalah apa yang kita lalui sepanjang kita bertugas sebagai Pengawal Keselamatan, Pengetahuan dalam bidang yang kita lalui sepanjang itu adalah pengalaman kita.

Itu antara 2 contoh, banyak lagi contoh tentang pengalaman ni, terlalu banyak, tak dapat nak kira..banyak.

Pengalaman ini adalah boleh menjadi suatu ilmu untuk kita, sesuatu yang sangat berguna. Contohnya kalau kita hendak mohon sesuatu pekerjaan, biasanya majikan akan bertanya tentang pengalaman, 

ANDA : TUAN, SAYA DENGAR SINI ADA KERJA KOSONG?

BOSS : AWAK ADA PENGALAMAN ?

ANDA : ADA TUAN.

BOSS : PENGALAMAN SEBAGAI APA ?

ANDA ; PEMOTONG RUMPUT

BOSS : BAGUS, SAYA MEMANG PERLUKAN PEMOTONG RUMPUT YANG BERPENGALAMAN, AWAK NAMPAK RUMPUT KAT DEPAN TADI ?

ANDA : NAMPAK TUAN

BOSS : OKEY, DENGAN PANTAS AMBIL MESIN RUMPUT DAN POTONG RUMPUT TU DENGAN SEGERA.

ANDA : BAIK TUAN !

Jadi kesimpulannya apabila kita ada sesuatu pengalaman ianya menjadi sangat berguna pada kita dan juga kepada orang lain yang memerlukan pengalaman kita, dengan mudah kita boleh mendapat suatu pekerjaan yang sangat kita perlukan.

(sambungan)

BOSS : EH ! NANTI, NANTI..

ANDA : ADA APA TUAN ?

BOSS : AWAK ADA SURAT ?

ANDA : !???

😁😂😃😃😂😁😁😁😅😅😅😅

p/s ; perlu ingat kalau mohon kerja surat atau sijil juga diperlukan..


Sunday, February 9, 2014

TIKET BOLASEPAK PERCUMA


Pada 14/02/2014 Jam 8.45 mlm akan berlangsung satu perlawanan bolasepak LIGA PREMIER MALAYSIA di STADIUM MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG membabitkan antara pasukan JOHOR DARULTAKZIM II (JDT II) dan PULAU PINANG PBAPP FC.
        Kepada semua peminat bolesepak terutama peminat pasukan JDT II, ayoh ramai-ramai kita ke stadium Pasir Gudang bagi menyokong pasukan kesayangan kita serta memeriahkan lagi suasana. Aku adalah antara orang yang akan ke sana nanti, jumpa anda di sana.

Di sini aku ada berita baik buat peminat pasukan JDT II sebab aku ada 5 tiket nak bagi percuma pada korang.


kepada sesiapa yang berminat nak tiket ni boleh PM aku kt facebook SINI  



Wednesday, January 29, 2014

Cara Mendapatkan Komputer/Notebook 1Malaysia (bah.2)

Assalamualaikum wbt..,
             Kali ini aku terpanggil untuk menulis tentang Komputer 1Malaysia ni lagi, lanjutan dari post yang lepas. Ramai mempersoalkan kenapa tiada lagi peruntukan Komputer 1Malaysia ni lagi? Kenapa peruntukan dibekukan buat masa sekarang? Adakah dibekukan atau memang dah takde peruntukan lagi? Buat masa ni aku takde jawapan lagi untuk persoalan-soalan tersebut, kalau sesapa ada jawapan bolehla kongsikan bersama disini.

            Aku dah lama tak ngunjung ofis umno kt tempat aku ni,jadi tak dapatla nak selidik ape citer , ada lagi ke tak, bila tanya rakan-rakan rata-rata cakap masih ada lagi, ramai yang cakap kerajaan nak setiap rumah ada 1 komputer 1Malaysia ni, itu memang aku biasa dengar. Ada juga yang cakap lepas pengagihan BR1M barula peruntukan komputer 1Malaysia ni disambung kembali..betul ke?

          Apapun yang terbaik untuk aku dapatkan jawapan yang tepat atau hampir tepat sekurangnya, lagi baik aku pergi pejabat umno tanya sendiri direct disana. Aku cadang besok pagi bolehla aku kesana kejap, bukan jauhpun cuma takde hal jadi lama aku tak kesana.
Jadi, pada sesapa yang nak maklumat selanjutnya tunggula aku gi ofis umno dulu esok. Nanti dapat info terkini aku posting sini..jangan lupa ngunjung sini pasni..(dmimaf.blogspot.com), ada info penting esok tentang Komputer 1Malaysia ni.

Pada sesapa yang berminat untuk belajar bekerja dirumah sila klik sini untuk info lanjut.

Tuesday, January 21, 2014

BRIM 3.0

..assalamualaikum , dan salam buat semua..dah lama jugak aku tak menulis entry blog ni. kali terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 lepas. Jadi, PRU pun dah lepas lama,rasanya bahangnye tak berasa terasa sangat lagi, jadi tak usah dibincangkan lagila, lagi baik kita cerita tentang apa yang kerajaan nak beri pada kita tak lama lagi ni..tu diaa..BR1M 3.0

Aku tak pandai sangat nak bercerita tentang BR1M ni, yang pasti aku dah pun 2 kali dapat dan tahun ni adalah yang ketiga. Apa yang aku tahu yang mana dah pernah dapat sebelum ni tak payahla lagi sibuk-sibuk isi borang lagi, tunggu je la posmen hantar surat kat rumah,pastu gi amik baucer dan cash di bank bank terpilih, macam yang sebelum-sebelum ni. Bagaimanapun pada sesiapa yang nak terus direct masuk akaun bolehla buat tambahan maklumat akaun bank. Untuk masukkan maklumat akaun bank silala ke jabatan-jabatan tertentu contohnya Jabatan Hasil.

Pada kali ini ada tambahan iaitu RM650 bagi pasangan berkahwin dan RM300 bagi yang bujang. Alhamdullillah, sekurangnya dalam keadaan kita sedang memerlukan ianya sangat membantu, walau dalam keadaan kita tengah banyak duit pun pada masa sekarang kita boleh buat tambahan simpanan, labur kt ASB ke, SSP ke, Tabung Haji ke..dalam masa yang jangan lupa untuk menabung atau simpanan untuk Akhirat, apa duit BRIM boleh bawak ke Akhirat???..jawapannya BOLEH, caranye ialah sedekah,derma,wakaf, belanjakan ke jalan Allah dsb-sila rujuk pada yang arif tentang agama untuk maklumat lanjut.

Pada yang nak tambah aksesori kereta tu boleh tapi rasanya macam tak berapa relevan, tak berapa tercapai matlamat BR1M tu, apapun terpulangla pada masing-masing sebab bila dah sampai kt tangan tu dah jadi hak masing-masing, kenapa aku plak nak sibuk-sibuk nak nentukan apa boleh buat,apa tak boleh..walaubagaimanapun aku boleh bagi pandangan dan nasihat je dan yang paling aku tak setuju dan tak suka bila duit tu dibelanjakan di kedai 4D. Kat tempat aku ni ramai, dapat je BR1M lain tak ingat, nak labur besar supaya jadi lebih besar,dah tua-tua lak tu,patut dah berenti dan bertaubatla sementara masih ada masa lagi..astarghfirullah al azim..

Kalau nak duit lebih ada caranya dan banyak cara sebenarnya selain dari 4D tu, jangan sempitkan fikiran kita dan biar kita dikuasai oleh makhluk Allah yang menyesatkan kita tu, salah satu cara aku ada, KLIK SINI .Kalau kita gunakan BR1M ni dengan sebaiknya dan secara berhemah barulah tercapai matlamat BR1M ni, jadi lainkali dapat lagi, ada tambahan lagi mana tahu rezeki tahun depan RM1000 lak..macam-macam boleh dibuat tu, mende yang baikla, sedekah jangan lupa..INSYALLAH..

Kalau sesapa nak maklumat terkini tentang BR1M 3.0 ni  bolehla rujuk di Jabatan Hasil, apa yang aku tahu dapatnya pada bulan Februari, mungkin pertengahan la. Pada sesapa yang nak cari duit tambahan nyambil-nyambilan bolehla rujuk sini

Okeyla takat ni dulu la entry aku hari ni, nanti jumpa lagi..INSYALLAH
ASSALAMUALAIKUM

Friday, April 12, 2013

jom bertindak

Hari ini aku telah terima Kit Jom Bertindak


Dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 ( PRU-13), aku kini bersedia dengan kelengkapan, iaitu KIT JOM BERTINDAK, 





Bagaimana untuk mendapatkan ini? Layari laman web rasmi 1malaysia

Antara kandungan yang terdapat dalam kit ini ialah:-
  • buku panduan mengundi
  • sticker kereta
  • pin kolar
  • 3 keping sticker
  • pen
Tunjukkan sokongan anda pada YAB Dato Seri Najib dengan kit Jom Bertindak ini,
Dapatkan Kit Jom Bertindak anda sekarang di





BR1M 3.0 Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak (pesanan ikhlas)

Siang tadi aku bukak peti surat, jeng jeng..aku dapat 1 envelop, macam envelop rasmi dari kerajaan gitu, aku rasa mesti BR1M 2.0 ni tapi...BR1M 2.0 aku dah dapat, dah abis lama dah RM500 tu buat belanja barang dapur dan juga bayar bil-bil tertunggak, Alhamdulillah dengan bantuan BR1M RM500 tu aku dapat mengurangkan beban dengan belanja keperluan dapur dan buat bayar bil-bil tertunggak dan juga bayar sewa rumah.
Sememangnya aku ni rakyat yang susah dan tak bernasib baik seperti rakan-rakan sekolah aku yang sebaya, yang kebanyakan aku tahu kedudukan baik sikit,mungkin baik banyak, dengan pendapatan yang aku rasa mungkin besar nak dibanding dengan aku. Jadi macam aku ni bila dapat bantuan seperti ini amatlah bersyukur dan memang sangat bernilai buat aku. Walaupun pada sesetengah orang apa ada pada RM500 tapi pada aku bernilai sesangat.
Untuk BR1M 3.0 memang aku tunggu dan berharap sangat, lagi-lagi dengarnya kadar akan dinaikkan, mungkin pas ni jadi RM1200, mana tau,dengar ura-ura macam tulah, Alhamdulillah dengan tangan terbuka aku terima dan aku sedikit pun tak rasa terima BR1M ni seperti ayam dan itik..itu terpulang pada pendapat seseorang yang dikatakan Tok Guru dan juga pada yang terima BR1M tapi setuju dengan pendapat Tok Guru tersebut, aku tak tahulah macamana diorang ni, fikir-fikirlah sendiri.
    Haaah, melalut pulak aku ni cerita pasal BR1M, dah lari dari tajuk asal yang aku nak cerita tadi, pasal envelop yang aku terima siang tadi. Tengok kat bawah ni..
inilah sampul surat tu

Jadi mesti nak tahu apa isi kat dalam sampul ni kan.,
kat bawah ni
muka pertama (1),
aku bacakan, mana tahu pada foto ni tak jelas
PESANAN IKHLAS DARI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEKECIL-KECIL
USAHA MEMBAWA
PERUBAHAN
YANG BESAR.

seterusnya

SAYA MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK,
MENGHARAPKAN ANDA DALAM KEADAAN SIHAT
SEJAHTERA, ADALAH HARAPAN SAYA JUGA
BANTUAN BR1M TELAH DITERIMA OLEH ANDA

lagi..

BR1M ADALAH TANDA
KEPERHATINAN KERAJAAN DALAM
USAHA UNTUK MEMBANTU
MERINGANKAN KOS SARA HIDUP
DALAM MENJAMIN 
KESEJAHTERAAN ANDA.
BAGI TAHUN MENDATANG,
KAMI BERCADANG UNTUK
MEMBERI LEBIH KEPADA RAKYAT,
DALAM ERTI KATA LAIN...

.........................

PELBAGAI LAGI
USAHA YANG AKAN
DIJANA BAGI
MEMBERI MAFAAT
YANG LEBIH BESAR
KEPADA SELURUH
WARGA MALAYSIA.

Itulah isi kandungan dalam surat khas yang aku tterima siang tadi, dan aku yakin ramai juga rakyat Malaysia yang telahpun terima pesanan ikhlas atau aku lebih suka sebut ni pesanan khas sebenarnya,
   Apapun diharapkan kita semua memahami maksud dalam pesanan  Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak ini. Yang penting juga kita semua berharap BR1M dapat diteruskan dengan dinaikkan lagi kadar sepertimana  
yang disebut oleh Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak baru-baru ini, kalau tak silap semasa pembentangan menifesto Barisan Nasional yang beliau sebut sebagai AkuJanji.


Aku yakin dengan akujanji tersebut, dengan slogan yang selalu disebut, JANJI DITEPATI, begitulah akujanji tersebut, INSYAALLAH